Wednesday, January 2, 2013

Download Lagu Free dari iPhone

Salam Semua,

Mesti siapa yang beli iPhone tu rasa macam nak hentak kepala lutut dekat tong gas sebab semuanya kena bayar. Lagi-lagi bila dah masuk kat iTunes. Ha, hambik lu..harga sebuah lagu lagi mahal dari harga sepinggan nasi ayam + teh o ais limau. Siapa yang tak sakit hati ye tak? Sabar, begitulah kehidupan sekarang. Kalau kita ada A, kita mesti nak kena ada B. Bila kita ada B, kita perlukan antara C dan D. Masalahnya yang percuma tu hanyalah A. Yang B, C, D dan sampai huruf Z kuasa lapan sekalipun semuanya kena bayar. Bulu cukup?

Ok, di sini aku nak berkongsi bagaimana nak download / muat turun lagu daripada telefon bimbit iPhone secara: 

- percuma (percuma?) 
- tanpa had (tanpa had? uyo!)
- selamat (apa ni?)

Yang paling penting, tuan-tuan dan puan-puan sekalian mestilah sudah memecahkan penjara iPhone tuan-tuan. (jailbreak la der). Kalau tak reti jailbreak sendiri, hantar kedai. Setakat ni hanya iOS 5.1 je yang boleh buat bendalah ni. Kalau korang guna perisian iOS 6, korang pergi bertapa bawah pokok ceri dulu lah tunggu jailbreak version dia keluar. Jailbreak latest version boleh check dekat sini: www.saurik.com [1]

App yang diperlukan ialah:

1. MusicBox (download daripada Cydia)
2. iFile (juga download dari Cydia)
3. PwnTunes (download dari Cydia lagi lah!)

Kat bawah ni aku nak tunjuk demonstrasi bagaimana aku nak download lagu "Supersition-Stevie Wonder) yang memang stim kepala kalau dengar. (kepala atas). Kowang jangan macam-macam.


LANGKAH PERTAMA : MUSIC BOX

1. Buka app Music Box.

App MusicBox yang warna biru di barisan bawah tu sebelah app mahadewa GarageBand.


2. Klik App tu dan search lagu dengan menulis sebahagian daripada ejaan tajuk lagu/artis di ruangan atas kolum "Search".  Kat bawah ni contoh aku tulis "Supersition"



3. Klik lagu yang berkenaan dan pilih "Download". Ni ikut gambar bawah ni. Nak sahkan bahawa lagu tu memang lagu yang kowang nak, klik je la "Preview". Manalah tau lagu Supersition ni sebenarnya lagu gelek gerudi Inul pula yang keluar.
4. Dah klik download, nanti proses tu akan dipaparkan di kolum menu "Queue" dalam sub-kolum "More":

LANGKAH KEDUA: iFile

5. Dah download, sila abaikan terus app MusicBox (jangan delete lak, abaikan je aku cakap). Sila pergi ke app iFile (iFile ni macam explorer untuk direktori file iPhone kowang).

Tu nampak tak iFile app tu yang gambar muka orang warna biru hidung tak berapa nak mancung macam hidung aku tu. Kacak betul muka mamat wallpaper belakang tu. Peh!




 
6. Sila masuk app iFile dan lepas klik ke folder file "Library"; scroll bawah sekali nanti nampak mp3 file yang kowang download. Dalam kes aku ini, lagu Supersition stim kepala.



7. Klik butang "Edit" di sebelah kanan atas dan klik lagu pilihan


8. Lepas tu, jangan eksaited dulu sebab langkah kita masih ada sikit lagi. Sabar. Sap Kok Lu. Ok, dah cukup sak kok. Pilih "Cut" (dari icon checkboard sebelah kanan bawah sekali) . Samalah paparan iPhone anda dengan gambar bawah ni.  

9. Ok sekarang kowang klik "DONE" dan pergi back pula ke folder "Media" --> "My Music" macam kat bawah ni: 

10. Dalam folder My Music, klik Edit --> Paste  (daripada icon checkboard sebelah kanan bawah sekali) --> Done (daripada icon sebelah atas kanan sekali)

LANGKAH KETIGA : PwnTunes

11. Ok kali ini dah boleh abaikan App iFile. Tak payah la mengada nak Sap Kok Lu. Dah nak lengkap dah proses kita ni. Seterusnya, pergi ke:

Setting --> PwnTunes --> Need Sync --> On

 

LANGKAH KEEMPAT : iPhone MUSIC App

12. Bila kowang klik je app MUSIC (standard iphone music player), akan ada sedikit loading / lagging sebab dia akan auto-import mp3 file yang baru download tu (bukan legging kat kaki remaja ebony ok..oh yeah)


  

LANGKAH KELIMA : Enjoy!




Di harap anda boleh enjoy. Nak download satu album pun boleh. Janji iPhone dah jailbreak. So kalau ada jumpa kegagalan apa2, janganlah bahan aku macam ahli politikus usang kat komen bawah ni. Kalau berjaya, bagitahu kawan-kawan, tunjuk ajar kepada mereka; jangan kedekut konon kowang lah hackers iPhone terulung dari negeri Epic Beard. Ini semua agar mendiang Steve Job sentiasa senyum di bawah tanah di dalam kubur sebab bangga dengan perkembangan riadah muzik dalam iPhone kowang.

Salam =)


Kambeng Hitam : Mamat dalam wallpaper iPhone tu kacak betul lah. Pui!

Links
  1. ^ www.saurik.com (www.saurik.com)

No comments:

Post a Comment

Search This Blog